PROMOSI TEMPAHAN BAJU SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
ALMA FESYEN
KUNJUNGI ALMA FESYEN DAN DAPATKAN BUSANA MUSLIM & MUSLIMAH .ALMA FESYEN JUGA MENERIMA TEMPAHAN JAHITAN BAGI PELBAGAI REKAAN FESYEN TERKINI & TEMPAHAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH.HUBUNGI ERMA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN 017-5356234(ERMA).
ALAMAT: ALMA FESYEN NO4041 ,TINGKAT 1,RUMAH KEDAI PKNK,TAMAN MUTIARA,05350,ALOR SETAR KEDAH D.A.
Monday, December 16, 2013
Sunday, December 15, 2013
PROMOSI TEMPAHAN BAJU SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
DATANGLAH KE ALMA FESYEN UNTUK TEMPAHAN BAJU SEKOLAH SERTA PELBAGAI UNIFORM SEKOLAH,KAIN BOLEH DI BELI DI SINI DAN KAMI JUGA MENERIMA TEMPAHAN KAIN DARI LUAR.KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI DAN HARGA BERPATUTAN.
TEMPAHAN NAME TAG PELBAGAI SIZE DAN REKA BENTUK
PAKAIAN SEKOLAH UNTUK DI TEMPAH
ALMA FESYEN PILIHAN ANDA SEKERLUARGA DATANGLAH SEGERA PELBAGAI REKAAN UNIFORM SEKOLAH BERKUALITI DAPAT DI TEMPAH MENGIKUT PILIHAN ANDA DENGAN HARGA RENDAH
Sunday, December 1, 2013
Tips Memilih Warna Pakaian Sesuai Dengan Kulit
Tips Memilih Warna Pakaian Sesuai Dengan Kulit
Tips Memilih Warna Pakaian Sesuai Dengan Kulit | Assalamualaikum dan selamat sejahtera ALMA FESYEN ucapkan. Penampilan yang segak dan tidak terlalu menonjol adalah idaman setiap orang. Pasti anda mahu kelihatan bergaya dan tampil menawan apabila keluar bersama insan tersayang ataupun bersama-sama rakan anda, namun kadang-kala warna pakaian yang dipilih kelihatan tidak sesuaidengan warna kulit anda.
Sunday, November 3, 2013
RICE MILK SOAP COLLAGEN
RICE MILK SOAP COLLAGEN SMS OR CALL 0175356234 (ERMA) TO ORDER.
HARGA TERMASUK POS LAJU..(SABAH & SARAWAK TAMBAHAN RM 6.00 UTK POS)
HARGA
1 PCS = RM 5.00
12 PCS = RM 36.00
24 PCS = RM 68.00
36 PCS = RM 90.00
48 PCS = RM 110.00
60 PCS = RM 130.00
72 PCS = RM 159.00
84 PCS = RM 186.00
96 PCS = RM 212.00
108PCS = RM 220.00
120PCS = RM 240.00
SILA BACA
HARGA TERMASUK POS LAJU..(SABAH & SARAWAK TAMBAHAN RM 6.00 UTK POS)
HARGA
1 PCS = RM 5.00
12 PCS = RM 36.00
24 PCS = RM 68.00
36 PCS = RM 90.00
48 PCS = RM 110.00
60 PCS = RM 130.00
72 PCS = RM 159.00
84 PCS = RM 186.00
96 PCS = RM 212.00
108PCS = RM 220.00
120PCS = RM 240.00
SILA BACA
LEXEE tuala wanita
Friday, November 1, 2013
JUTAWAN YANG DIREDAI ALLAH S.W.T
JUTAWAN YANG DIREDAI ALLAH S.WT
Jutawan Arab Saudi yang
berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya
mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal
di dunia. Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di
dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi. Sehingga
2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak
AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di
dunia. Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang
terkenal di negara tersebut.
Fadhilat Ayat Kursi
Fadhilat Ayat Kursi | Ayat kursi merupakan ayat yang paling agung kerana mengisahkan keagungan Allah serta kekuasaan-Nya yang tidak terbatas. Ayat ini merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah dan dijadikan bacaan serta hafalan oleh masyarakat Muslim. Ayat ini dipercayai dibaca untuk mendapat keredhaan serta perlindungan daripada Allah.
Thursday, October 31, 2013
ALIRAN WANG TUNAI: 10 PERATURAN YANG ANDA PERLU TAHU
ALIRAN
WANG TUNAI: 10 PERATURAN YANG ANDA PERLU TAHU
Sebagai contoh perniagaan restoren.
Salam, ramai pembaca yang keliru tentang cash flow atau pun
“aliran wang tunai”. Aliran tunai ialah wang dalam simpanan anda seperti wang
syling, wang kertas, simpanan di bank atau pun over draft yang telah ditawarkan
oleh pihak bank. Aliran wang tunai bukan hidangan yang telah masak untuk dijual.
Jangan ambil kira ia sebagai aliran tunai. Pendek kata, wang yang ada dalam
simpanan kita untuk membayar invoice, gaji pekerja atau pun membayar segala
bil-bil. Jangan keliru dengan keuntungan jualan harian. Berpengetahuan sedikit
dan serius dalam kendalikan pengurusan kewangan adalah sangat mustahak dalam
perniagaan restoren yang sedang beroperasi atau pun yang ingin membuka
perniagaan restoren yang baru. Anda perlu mengetahui cara untuk menguruskan
kewangan perniagaan dengan bijak bukan saja semasa perniagaan sedang untung
tetapi ia juga perlu dititik-beratkan semasa musim perniagaan mulai menjadi
lembab dan merundum yang akan mengakibatkan pengaliran wang tunai masuk yang
rendah. Perniagaan yang terbaik ialah apabila wang tunai yang masuk melebihi
wang yang keluar. Ini akan menjadikan perniagaan anda sihat. Keadaan ini
jarang wujud untuk perniagaan baru malah dalam perniagaan baru wang masuk
akan ketinggalan dibelakang wang yang keluar. Maka anda perlu adakan wang
secukup untuk perbelanjaan harian. Cara ini digelar, “cash flow forecast” atau
pun ramalan aliran tunai. Ramalan aliran tunai yang jelas akan menentukan
jumlah wang yang anda perlukan untuk menjalankan perniagaan anda dimasa
kan datang berterusan. Dalam mengadakan bajet kewangan ramalan itu, anda
perlukan dua jenis penyata perbelanjaan: 1. Perbelanjaan yang berhubung kait
dengan jualan hidangan masakan harian 2. Penyata perbelanjaan keseluruhan
operasi perniagaan. Ini bermakna pada akhir waktu perniagaan setiap hari
anda perlu tahu jumlah jualan dan perbelanjaan yang berlaku di restoren anda.
Ini bukan untuk pengiraan untung rugi tetapi menetukan kedudukan aliran tunai.
Wednesday, October 9, 2013
CARA
PENJAGAAN KAIN BAJU
CARA
PENJAGAAN KAIN BAJU
1. Gula-gula
Getah Melekat Pada Pakaian
Letakkan
pakaian dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti
biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian
2.
Pakaian Terkena Dakwat
a. Bancuh
sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan
pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20
hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
b. Titiskan
air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan
tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
c. Picitkan
penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian
sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.
3.
Pakaian Terkena Karat
Potong
dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan
dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.
4.
Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian
Sapukan
sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci
seperti biasa.
5.
Pakaian Terkena Cat
Rendamkan
pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian
basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.
6.
Membersihkan Tekat Benang Emas
Sulaman
daripada benang emas amat sukar dibersihkan. Untuk mengatasinya, taburkan
sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan-lahan.
7.
Memutihkan Kain
Kain
putih yang lama disimpan akan menampakkan warna yang kusam dan tidak berseri.
Cara untuk mengembalikan serinya ialah dengan cara :-
a. Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi
abu.
b. Campurkan dengan air.
c. Masukkan sabun dan rendamkan kain
tersebut semalaman.
d. Kemudian cuci kain tersebut seperti
biasa.
8.
Menanggalkan Kesan Minyak Hitam pada Pakaian
Titiskan
beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok
perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia
sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu,
basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.
Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian
cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.
9.
Mengeringkan Kasut Sekolah
Gumpal beberapa helai kertas surat khabar dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah
sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.
10. Menghilangkan Darah Pada Pakaian
a. Gosokkan sabun mandi pada pakaian,
bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah
darah itu akan hilang nanti.
b. Campurkan garam kasar dengan air.
Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman.
Kemudian cucilah seperti biasa.
11.
Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian
a. Basuh
kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang
terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
b. Sapukan
sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat.
Kemudian
perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu. Biarkan ia
seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.
12. Menghilangkan Minyak Pada Kain
Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering.
Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak
perubahannya.
JENIS-JENIS KAIN DAN PENGENALAN
JENIS-JENIS KAIN DAN PENGENALAN
1. CREPE
Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan
permukaan yang bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist di
mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut.
Crepe
is the best type of material > ni pendapat saya la. Sesiapa yang dah
biasa pakai crepe ni memang akan dapat bezakan antara crepe and others. Kain
die nampak macam ringan tapi bila dah siap jd baju die akan jatuh dan akan jadi
cantik dan sangat senang di iron. Sebab itu la kain crepe ini mahal.
2. JACQUARD
Merupakan kain yang memiliki pola yang
ditenun menjadi kain, bukan dicetak di atasnya.
Alat tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard.
Oleh kerana itu fabrik ini dinamakan JACQUARD. Ia memberikan fleksibiliti dalam menentukan corak
tenunan di atas kain.
Jacquard
ni berkilat dan licin. Ada yang memang suka kain jenis ni sebab shining and
colornya terang. Masalah pada kain ni ialah susah nak iron sikit (tapi
kalo korang dry cleaning means problem solved)
3. 100% COTTON
Fiber semulajadi yang berasal dari tanaman kapas. Kapas membolehkan kulit untukbernafas dengan
baik. Oleh itu ia merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai.
Malahan ia juga senang untuk dicuci.
Antara ciri – ciri lainnya :
j Bahan terasa dingin dan sedikit sejuk.
j Menyerap keringat.
j Kain akan rosak bila direndam lebih
dari 2 jam.
j Noda dari makanan dan minyak akan mudah
hilang dengan menggunakan detergent.
j Boleh dicuci atau di dry clean.
4. RAYON
Rayon
merupakan kain yang lembut dan selesa untuk dipakai kerana ia mempunyai daya
serapan yang baik. Namun begitu Rayon merupakan sejenis kain yang boleh
menyusut. Terdapat 2 jenis rayon di pasaran iaitu untuk cucian kering atau
cucian biasa.
Rayon
ni is the cheapest. Corak dan design may be akan sama dengan batik yang lain.
Tapi kainnya sedikit keras. So saya memang tak prefer la rayon ni. Cara die
kalo nak tau rayon ke tak try pegi komotkan kain tu. Sure terus ada kedut2.
Kalo kt kedai buat sembunyi2 yer nnt org kedai marah =)
5. KAIN ORGANZA
Secara
mudahnya,kain organza ini dibuat dari sutera dan harganya sangatlah mahal
kerana tenunannya yang sukar,nipis . Namun kebanyakan organza moden diperbuat
daripada bahan sintetik seperti poliester @ nilon bagi memberi peluang kepada
yang kurang mampu untuk mencuba kain organza.Biasanya kain organza ini adalah
untuk pakaian pengantin.
6. KAIN CHIFFON
Biasanya
diperbuat daripada sutera,kapas dan sintetik fiber. Antara banyak-banyak kain
chiffon, kain chiffon yang diperbuat dari poliester adalah paling susah untuk
dye. Biasanya kain chiffon ni digunakan dalam gaun,riben, dan pakaian dalam.
Chiffon
ni kain yang jarang (tu yang ramai buat buat kurung moden or kebaya. Sbb
chiffon ni stretchable) dan adalah super cantik. Cuma kain ni adalah susah nk
dapat dah sekarang. Penjagaan memang kene teliti sebab die cepat tertarik kalo
ganas sangat pakai, tapi sangat sejuk. Mudah iron juga.
7. KAIN SATIN
Ia
biasanya licin dan selalu dibuat baju melayu dan juga pakaian pengantin. Ia mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama.
8. POLYESTER
Bahan
polyester memiliki daya tahan yang kuat. Kelemahannya adalah kerana sifat bahan
terasa panas dibadan.
Antara
ciri-ciri lainnya :
j Bahan terasa panas dibadan.
j Tidak menyerap keringat.
j Apabila kulit anda
sensitive dan bermasalah, disarankan supaya tidak memakai bahan pure polyester
kerana akan merosakkan lagi kulit anda.
j Noda minyak dan noda makanan susah
dihilangkan dari pakaian
j Tahan direndam dalam air lebih dari 3
jam
9. SUTERA
Bahannya
lembut, sejuk dan berkilau. Ia selalu dikaikatkan wanita dan cinta.
Antara ciri-ciri lainnya :
j Sangat lembut dan licin dikulit dan
bahannya jatuh (flowing).
j Menyerap keringat.
j Perlu dry cleaning supaya kualiti warna
dan kainnya bertahan lama.
10. VISCOSE
Antara
ciri – cirinya :
j Terasa lembut dan dingin di kulit
j Bahannya jatuh, tidak kaku dan warnanya
mengkilat
j Menyerap keringat
j Pakaian / bahan akan rosak apabila
direndam dengan detergent lebih dari 1 jam.
j Boleh dicuci atau di dry clean
j Noda dari makanan atau minyak akan
mudah hilang dengan menggunakan detergent
11. LINEN
Bahannya
yang kaku dan dingin, maka linen sangat sesuai untuk produk – produk casual
wear dan dresses
Antara
ciri-ciri lainnya :
j Bahannya kaku dan dingin.
j Permukaan kain agak kasar.
j Menyerap keringat.
j 4x lebih lasak dari cotton.
j Tahan dijemur (Tahan terhadap panas
sampai 450 0 F).
j Kain akan rosak apabila direndam lebih
dari 1 jam
12. SONGKET
Songket
menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera
pada kain latar. Fibrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial
dikalangan bangsawan Melayu.
13. KAIN RENDA/SATIN yang mempunyai
bidang besar juga menjadi pilihan utama kerana mudah dijahit, senang dijaga dan
tahan lama.
14. SCOTCHGUARD yang
diselaputi bahan kalis air kerana tahan lasak.
JENIS-JENIS
KAIN UNTUK UNIFORM/F1 TSHIRT
Kebanyakkan
kita yg ada group2 rapat ni atau pun team dijabatan tempat kita bekerja suka
nak adakan satu pakaian seragam utk menunjukkan betapa rapatnya group / team
tersebut. Malah ada juga yang suka nak berpakaian seragam ini utk kelihatan gah
gitu.. :)
Tapi
ramai tidak tahu jenis apa yg sesuai untuk memilih jenis-jenis kain apa yg
sesuai, jadi ape lagi..jom kita sama-sama belajar..
Jenis-Jenis
Kainnya adalah:-
1. Viscose
2. Cotton Trill
3. Comb Cotton
4. Polyester
5. Cvc Lacoste
6. Poly Soft
7. T/C Oxford
8. T/C Yarn Dyed
9. Linen
Subscribe to:
Posts (Atom)