ALMA FESYEN

KUNJUNGI ALMA FESYEN DAN DAPATKAN BUSANA MUSLIM & MUSLIMAH .ALMA FESYEN JUGA MENERIMA TEMPAHAN JAHITAN BAGI PELBAGAI REKAAN FESYEN TERKINI & TEMPAHAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH.HUBUNGI ERMA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN 017-5356234(ERMA).
ALAMAT: ALMA FESYEN NO4041 ,TINGKAT 1,RUMAH KEDAI PKNK,TAMAN MUTIARA,05350,ALOR SETAR KEDAH D.A.

Thursday, April 9, 2015

JOM URUSKAN KEWANGAN KITA

Kemahiran menguruskan wang, sama seperti kemahiran menjadi ibu bapa tidak diajar di sekolah-sekolah mahupun universiti. Sedangkan kita mula menguruskan wang sendiri sepenuhnya sejak memperoleh gaji / pendapatan sendiri sehinggalah kita meninggal dunia kelak.
Berikut adalah 8 langkah untuk tuan puan yang serius menguruskan wang dengan bijak dan sistematik.
1. Mempunyai Matlamat Kewangan
Kita semua mesti tahu apa yang kita mahu. Apakah yang kita mahukan apabila menjelang usia persaraan yang barangkali lagi 10, 20, 30 tahun akan datang? Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka masa panjang. Ibaratnya macam kita mahu menanam pokok durian.
Apabila kita mempunyai satu pandangan jauh, kita telah menetapkan langkah yang betul untuk berjaya. Kerana itulah Islam menyuruh kita berfikir mengenai mati, kerana keyakinan kita mengenai syurga neraka, kehidupan alam akhirat menyebabkan kita bersungguh-sungguh bekerja dengan penuh amanah di dunia.