ALMA FESYEN

KUNJUNGI ALMA FESYEN DAN DAPATKAN BUSANA MUSLIM & MUSLIMAH .ALMA FESYEN JUGA MENERIMA TEMPAHAN JAHITAN BAGI PELBAGAI REKAAN FESYEN TERKINI & TEMPAHAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH.HUBUNGI ERMA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN 017-5356234(ERMA).
ALAMAT: ALMA FESYEN NO4041 ,TINGKAT 1,RUMAH KEDAI PKNK,TAMAN MUTIARA,05350,ALOR SETAR KEDAH D.A.

Sunday, December 15, 2013

PROMOSI TEMPAHAN BAJU SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

DATANGLAH KE ALMA FESYEN UNTUK TEMPAHAN BAJU SEKOLAH SERTA PELBAGAI UNIFORM SEKOLAH,KAIN BOLEH DI BELI DI SINI DAN KAMI JUGA MENERIMA TEMPAHAN KAIN DARI LUAR.KEPUASAN PELANGGAN KEUTAMAAN KAMI DAN HARGA BERPATUTAN.



TEMPAHAN NAME TAG PELBAGAI SIZE DAN REKA BENTUK







PAKAIAN SEKOLAH UNTUK DI TEMPAH




ALMA FESYEN PILIHAN ANDA SEKERLUARGA DATANGLAH SEGERA PELBAGAI REKAAN  UNIFORM SEKOLAH BERKUALITI DAPAT DI TEMPAH MENGIKUT PILIHAN ANDA DENGAN HARGA RENDAH







Sunday, December 1, 2013

Tips Memilih Warna Pakaian Sesuai Dengan Kulit


Tips Memilih Warna Pakaian Sesuai Dengan Kulit

Tips Memilih Warna Pakaian Sesuai Dengan Kulit | Assalamualaikum dan selamat sejahtera ALMA FESYEN ucapkan. Penampilan yang segak dan tidak terlalu menonjol adalah idaman setiap orang. Pasti anda mahu kelihatan bergaya dan tampil menawan apabila keluar bersama insan tersayang ataupun bersama-sama rakan anda, namun kadang-kala warna pakaian yang dipilih kelihatan tidak sesuaidengan warna kulit anda.

Sunday, November 3, 2013

RICE MILK SOAP COLLAGEN

RICE MILK SOAP COLLAGEN SMS OR CALL 0175356234 (ERMA) TO ORDER.
HARGA TERMASUK POS LAJU..(SABAH & SARAWAK TAMBAHAN RM 6.00 UTK POS)

HARGA
   1 PCS = RM 5.00
 12 PCS = RM 36.00
 24 PCS = RM 68.00
 36 PCS = RM 90.00
 48 PCS = RM 110.00
 60 PCS = RM 130.00
 72 PCS = RM 159.00
 84 PCS = RM 186.00
 96 PCS = RM 212.00

108PCS = RM 220.00
120PCS = RM 240.00





SILA BACA





LEXEE tuala wanita

LEXEE tuala wanita ..sms or call at 0175353234 (erma) to order..

HARGA TERMASUK POS LAJU

>TUALA WANITA SIANG/MALAM=
RM 19.00/PCS

>SETIAP PEK FREE VAGINA HEALTH TEST KIT

>PANTYLINER = RM 22.00



UNTUK MAKLUMAN


KEISTIMEWAAN LEXEE





DAPATKAN SEGERA LEXEE








Friday, November 1, 2013

JUTAWAN YANG DIREDAI ALLAH S.W.T

JUTAWAN YANG DIREDAI ALLAH S.WT





Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia. Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi. Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia. Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.

Fadhilat Ayat Kursi



Ayat Kursi


Fadhilat Ayat Kursi | Ayat kursi merupakan ayat yang paling agung kerana mengisahkan keagungan Allah serta kekuasaan-Nya yang tidak terbatas. Ayat ini merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah dan dijadikan bacaan serta hafalan oleh masyarakat Muslim. Ayat ini dipercayai dibaca untuk mendapat keredhaan serta perlindungan daripada Allah.

Thursday, October 31, 2013

AYAT PEMURAH REZEKI (AYAT SERIBU DINAR)

AYAT PEMURAH REZEKI (AYAT SERIBU DINAR)

ALIRAN WANG TUNAI: 10 PERATURAN YANG ANDA PERLU TAHU

ALIRAN WANG TUNAI: 10 PERATURAN YANG ANDA PERLU TAHU

Sebagai contoh perniagaan restoren.

Salam, ramai pembaca yang keliru tentang cash flow atau pun “aliran wang tunai”. Aliran tunai ialah wang dalam simpanan anda seperti wang syling, wang kertas, simpanan di bank atau pun over draft yang telah ditawarkan oleh pihak bank. Aliran wang tunai bukan hidangan yang telah masak untuk dijual. Jangan ambil kira ia sebagai aliran tunai. Pendek kata, wang yang ada dalam simpanan kita untuk membayar invoice, gaji pekerja atau pun membayar segala bil-bil. Jangan keliru dengan keuntungan jualan harian. Berpengetahuan sedikit dan serius dalam kendalikan pengurusan kewangan adalah sangat mustahak dalam perniagaan restoren yang sedang beroperasi atau pun yang ingin membuka perniagaan restoren yang baru. Anda perlu mengetahui cara untuk menguruskan kewangan perniagaan dengan bijak bukan saja semasa perniagaan sedang untung tetapi ia juga perlu dititik-beratkan semasa musim perniagaan mulai menjadi lembab dan merundum yang akan mengakibatkan pengaliran wang tunai masuk yang rendah. Perniagaan yang terbaik ialah apabila wang tunai yang masuk melebihi wang yang keluar. Ini akan menjadikan perniagaan anda sihat. Keadaan ini  jarang wujud untuk perniagaan baru malah dalam perniagaan baru wang masuk akan ketinggalan dibelakang wang yang keluar. Maka anda perlu adakan wang secukup untuk perbelanjaan harian. Cara ini digelar, “cash flow forecast” atau pun ramalan aliran tunai. Ramalan aliran tunai yang jelas akan menentukan  jumlah wang yang anda perlukan untuk menjalankan perniagaan anda dimasa kan datang berterusan. Dalam mengadakan bajet kewangan ramalan itu, anda perlukan dua jenis penyata perbelanjaan: 1. Perbelanjaan yang berhubung kait dengan jualan hidangan masakan  harian 2. Penyata perbelanjaan keseluruhan operasi perniagaan. Ini  bermakna pada akhir waktu perniagaan setiap hari anda perlu tahu jumlah jualan dan perbelanjaan yang berlaku di restoren anda. Ini bukan untuk pengiraan untung rugi tetapi menetukan kedudukan aliran tunai.

Wednesday, October 9, 2013

CARA PENJAGAAN KAIN BAJU

CARA PENJAGAAN KAIN BAJU
1. Gula-gula Getah Melekat Pada Pakaian
Letakkan pakaian dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian

2. Pakaian Terkena Dakwat 
a.    Bancuh sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20 hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
b.    Titiskan air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
c.    Picitkan penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.


3. Pakaian Terkena Karat
Potong dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.

4. Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian
Sapukan sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci seperti biasa.

5. Pakaian Terkena Cat
Rendamkan pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.

6. Membersihkan Tekat Benang Emas
Sulaman daripada benang emas amat sukar dibersihkan. Untuk mengatasinya, taburkan sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan-lahan.

7. Memutihkan Kain
Kain putih yang lama disimpan akan menampakkan warna yang kusam dan tidak berseri. Cara untuk mengembalikan serinya ialah dengan cara :- 
a.      Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi abu.
b.      Campurkan dengan air.
c.       Masukkan sabun dan rendamkan kain tersebut semalaman.
d.      Kemudian cuci kain tersebut seperti biasa.


8. Menanggalkan Kesan Minyak Hitam pada Pakaian

Titiskan beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu, basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.
Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.


9. Mengeringkan Kasut Sekolah
Gumpal beberapa helai kertas surat khabar dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.


10. Menghilangkan Darah Pada Pakaian
a.        Gosokkan sabun mandi pada pakaian, bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah darah itu akan hilang nanti.
b.        Campurkan garam kasar dengan air. Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman. Kemudian cucilah seperti biasa.

11. Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian
          a.    Basuh kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
          b.    Sapukan sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat. 
Kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu. Biarkan ia seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.



12. Menghilangkan Minyak Pada Kain 
Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering. Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak perubahannya.

JENIS-JENIS KAIN DAN PENGENALAN


JENIS-JENIS KAIN DAN PENGENALAN

1.             CREPE
Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan permukaan yang bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist di mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut.

Crepe is the  best type of material > ni pendapat saya la. Sesiapa yang dah biasa pakai crepe ni memang akan dapat bezakan antara crepe and others. Kain die nampak macam ringan tapi bila dah siap jd baju die akan jatuh dan akan jadi cantik dan sangat senang di iron. Sebab itu la kain crepe ini mahal.
  

2.             JACQUARD
Merupakan kain yang memiliki pola yang ditenun menjadi kain, bukan dicetak di atasnya. Alat tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard. Oleh kerana itu fabrik ini dinamakan JACQUARD. Ia memberikan fleksibiliti dalam menentukan corak tenunan di atas kain.

Jacquard ni berkilat dan licin. Ada yang memang suka kain jenis ni sebab shining and colornya terang.  Masalah pada kain ni ialah susah nak iron sikit (tapi kalo korang dry cleaning means problem solved)


3.             100% COTTON
Fiber semulajadi yang berasal dari tanaman kapas. Kapas membolehkan kulit untukbernafas dengan baik. Oleh itu ia merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai. Malahan ia juga senang untuk dicuci.
Antara ciri – ciri lainnya :
j       Bahan terasa dingin dan sedikit sejuk.
j       Menyerap keringat.
j       Kain akan rosak bila direndam lebih dari 2 jam.
j       Noda dari makanan dan minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent.
j       Boleh dicuci atau di dry clean.






4.             RAYON
Rayon merupakan kain yang lembut dan selesa untuk dipakai kerana ia mempunyai daya serapan yang baik. Namun begitu Rayon merupakan sejenis kain yang boleh menyusut. Terdapat 2 jenis rayon di pasaran iaitu untuk cucian kering atau cucian biasa.

Rayon ni is the cheapest. Corak dan design may be akan sama dengan batik yang lain. Tapi kainnya sedikit keras. So saya memang tak prefer la rayon ni. Cara die kalo nak tau rayon ke tak try pegi komotkan kain tu. Sure terus ada kedut2. Kalo kt kedai buat sembunyi2 yer nnt org kedai marah =) 


5.             KAIN ORGANZA
Secara mudahnya,kain organza ini dibuat dari sutera dan harganya sangatlah mahal kerana tenunannya yang sukar,nipis . Namun kebanyakan organza moden diperbuat daripada bahan sintetik seperti poliester @ nilon bagi memberi peluang kepada yang kurang mampu untuk mencuba kain organza.Biasanya kain organza ini adalah untuk pakaian pengantin.


6.             KAIN CHIFFON 
Biasanya diperbuat daripada sutera,kapas dan sintetik fiber. Antara banyak-banyak kain chiffon, kain chiffon yang diperbuat dari poliester adalah paling susah untuk dye. Biasanya kain chiffon ni digunakan dalam gaun,riben, dan pakaian dalam.

Chiffon ni kain yang jarang (tu yang ramai buat buat kurung moden or kebaya. Sbb chiffon ni stretchable) dan adalah super cantik. Cuma kain ni adalah susah nk dapat dah sekarang. Penjagaan memang kene teliti sebab die cepat tertarik kalo ganas sangat pakai, tapi sangat sejuk. Mudah iron juga.

7.             KAIN SATIN
Ia biasanya licin dan selalu dibuat baju melayu dan juga pakaian pengantin. Ia mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama.






8.             POLYESTER
Bahan polyester memiliki daya tahan yang kuat. Kelemahannya adalah kerana sifat bahan terasa panas dibadan.
Antara ciri-ciri lainnya :
j          Bahan terasa panas dibadan.
j          Tidak menyerap keringat.
j          Apabila kulit anda sensitive dan bermasalah, disarankan supaya tidak memakai bahan pure polyester kerana akan merosakkan lagi kulit anda. 
j          Noda minyak dan noda makanan susah dihilangkan dari pakaian
j          Tahan direndam dalam air lebih dari 3 jam


9.             SUTERA
Bahannya lembut, sejuk dan berkilau. Ia selalu dikaikatkan wanita dan cinta.
Antara ciri-ciri lainnya :
j       Sangat lembut dan licin dikulit dan bahannya jatuh (flowing).
j       Menyerap keringat.
j       Perlu dry cleaning supaya kualiti warna dan kainnya bertahan lama.


10.         VISCOSE
Antara ciri – cirinya :
j       Terasa lembut dan dingin di kulit
j       Bahannya jatuh, tidak kaku dan warnanya mengkilat
j       Menyerap keringat
j       Pakaian / bahan akan rosak apabila direndam dengan detergent lebih dari 1 jam.
j       Boleh dicuci atau di dry clean
j       Noda dari makanan atau minyak akan mudah hilang dengan menggunakan detergent


11.         LINEN
Bahannya yang kaku dan dingin, maka linen sangat sesuai untuk produk – produk casual wear dan dresses
Antara ciri-ciri lainnya :
j       Bahannya kaku dan dingin.
j       Permukaan kain agak kasar.
j       Menyerap keringat.
j       4x lebih lasak dari cotton.
j       Tahan dijemur (Tahan terhadap panas sampai 450 F).
j       Kain akan rosak apabila direndam lebih dari 1 jam


12.         SONGKET
Songket menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera pada kain latar. Fibrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial dikalangan bangsawan Melayu.


13.         KAIN RENDA/SATIN yang mempunyai bidang besar juga menjadi pilihan utama kerana mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama.


14.         SCOTCHGUARD yang diselaputi bahan kalis air kerana tahan lasak.

JENIS-JENIS KAIN UNTUK UNIFORM/F1 TSHIRT

Kebanyakkan kita yg ada group2 rapat ni atau pun team dijabatan tempat kita bekerja suka nak adakan satu pakaian seragam utk menunjukkan betapa rapatnya group / team tersebut. Malah ada juga yang suka nak berpakaian seragam ini utk kelihatan gah gitu.. :)

Tapi ramai tidak tahu jenis apa yg sesuai untuk memilih jenis-jenis kain apa yg sesuai, jadi ape lagi..jom kita sama-sama belajar..


Jenis-Jenis Kainnya adalah:-
1.        Viscose
2.        Cotton Trill
3.        Comb Cotton
4.        Polyester
5.        Cvc Lacoste
6.        Poly Soft
7.        T/C Oxford
8.        T/C Yarn Dyed

9.        Linen