ALMA FESYEN

KUNJUNGI ALMA FESYEN DAN DAPATKAN BUSANA MUSLIM & MUSLIMAH .ALMA FESYEN JUGA MENERIMA TEMPAHAN JAHITAN BAGI PELBAGAI REKAAN FESYEN TERKINI & TEMPAHAN PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH.HUBUNGI ERMA UNTUK SEBARANG PERTANYAAN 017-5356234(ERMA).
ALAMAT: ALMA FESYEN NO4041 ,TINGKAT 1,RUMAH KEDAI PKNK,TAMAN MUTIARA,05350,ALOR SETAR KEDAH D.A.

Friday, November 1, 2013


Fadhilat Ayat Kursi



Ayat Kursi


Fadhilat Ayat Kursi | Ayat kursi merupakan ayat yang paling agung kerana mengisahkan keagungan Allah serta kekuasaan-Nya yang tidak terbatas. Ayat ini merupakan ayat yang ke-255 dalam Surah Al-Baqarah dan dijadikan bacaan serta hafalan oleh masyarakat Muslim. Ayat ini dipercayai dibaca untuk mendapat keredhaan serta perlindungan daripada Allah.
1. Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas Solat Fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, Insya-Allah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya. Juga keluarga, anak-anak, dan harta bendanya akan terpelihara dengan izin Allah SWT.
2. Orang yang beramal dengan bacaan ayat Al-Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah s.w.t. daripada gangguan serta hasutan syaitan.
3. Pengamal ayat Al-Kursi juga dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Al-Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Al-Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.
4. Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah di sekitarnya.
5. Ayat Al-Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, insya-Allah boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Al-Kursi 100 kali, InsyaAllah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

No comments:

Post a Comment