JENIS-JENIS KAIN DAN PENGENALAN
1. CREPE
Sejenis kain nipis dan lembut daripada sutera dengan
permukaan yang bergerutu, mudah dijaga dan tidak berkedut. Ia dihasilkan melalui teknik alternate S and Z twist di
mana benangnya dipintal dengan kesan berkerut.
Crepe
is the best type of material > ni pendapat saya la. Sesiapa yang dah
biasa pakai crepe ni memang akan dapat bezakan antara crepe and others. Kain
die nampak macam ringan tapi bila dah siap jd baju die akan jatuh dan akan jadi
cantik dan sangat senang di iron. Sebab itu la kain crepe ini mahal.
2. JACQUARD
Merupakan kain yang memiliki pola yang
ditenun menjadi kain, bukan dicetak di atasnya.
Alat tenun tersebut telah dicipta oleh Joseph Marie Jacquard.
Oleh kerana itu fabrik ini dinamakan JACQUARD. Ia memberikan fleksibiliti dalam menentukan corak
tenunan di atas kain.
Jacquard
ni berkilat dan licin. Ada yang memang suka kain jenis ni sebab shining and
colornya terang. Masalah pada kain ni ialah susah nak iron sikit (tapi
kalo korang dry cleaning means problem solved)
3. 100% COTTON
Fiber semulajadi yang berasal dari tanaman kapas. Kapas membolehkan kulit untukbernafas dengan
baik. Oleh itu ia merupakan jenis fabrik yang amat sesuai untuk dipakai.
Malahan ia juga senang untuk dicuci.
Antara ciri – ciri lainnya :
j Bahan terasa dingin dan sedikit sejuk.
j Menyerap keringat.
j Kain akan rosak bila direndam lebih
dari 2 jam.
j Noda dari makanan dan minyak akan mudah
hilang dengan menggunakan detergent.
j Boleh dicuci atau di dry clean.
4. RAYON
Rayon
merupakan kain yang lembut dan selesa untuk dipakai kerana ia mempunyai daya
serapan yang baik. Namun begitu Rayon merupakan sejenis kain yang boleh
menyusut. Terdapat 2 jenis rayon di pasaran iaitu untuk cucian kering atau
cucian biasa.
Rayon
ni is the cheapest. Corak dan design may be akan sama dengan batik yang lain.
Tapi kainnya sedikit keras. So saya memang tak prefer la rayon ni. Cara die
kalo nak tau rayon ke tak try pegi komotkan kain tu. Sure terus ada kedut2.
Kalo kt kedai buat sembunyi2 yer nnt org kedai marah =)
5. KAIN ORGANZA
Secara
mudahnya,kain organza ini dibuat dari sutera dan harganya sangatlah mahal
kerana tenunannya yang sukar,nipis . Namun kebanyakan organza moden diperbuat
daripada bahan sintetik seperti poliester @ nilon bagi memberi peluang kepada
yang kurang mampu untuk mencuba kain organza.Biasanya kain organza ini adalah
untuk pakaian pengantin.
6. KAIN CHIFFON
Biasanya
diperbuat daripada sutera,kapas dan sintetik fiber. Antara banyak-banyak kain
chiffon, kain chiffon yang diperbuat dari poliester adalah paling susah untuk
dye. Biasanya kain chiffon ni digunakan dalam gaun,riben, dan pakaian dalam.
Chiffon
ni kain yang jarang (tu yang ramai buat buat kurung moden or kebaya. Sbb
chiffon ni stretchable) dan adalah super cantik. Cuma kain ni adalah susah nk
dapat dah sekarang. Penjagaan memang kene teliti sebab die cepat tertarik kalo
ganas sangat pakai, tapi sangat sejuk. Mudah iron juga.
7. KAIN SATIN
Ia
biasanya licin dan selalu dibuat baju melayu dan juga pakaian pengantin. Ia mudah dijahit, senang dijaga dan tahan lama.
8. POLYESTER
Bahan
polyester memiliki daya tahan yang kuat. Kelemahannya adalah kerana sifat bahan
terasa panas dibadan.
Antara
ciri-ciri lainnya :
j Bahan terasa panas dibadan.
j Tidak menyerap keringat.
j Apabila kulit anda
sensitive dan bermasalah, disarankan supaya tidak memakai bahan pure polyester
kerana akan merosakkan lagi kulit anda.
j Noda minyak dan noda makanan susah
dihilangkan dari pakaian
j Tahan direndam dalam air lebih dari 3
jam
9. SUTERA
Bahannya
lembut, sejuk dan berkilau. Ia selalu dikaikatkan wanita dan cinta.
Antara ciri-ciri lainnya :
j Sangat lembut dan licin dikulit dan
bahannya jatuh (flowing).
j Menyerap keringat.
j Perlu dry cleaning supaya kualiti warna
dan kainnya bertahan lama.
10. VISCOSE
Antara
ciri – cirinya :
j Terasa lembut dan dingin di kulit
j Bahannya jatuh, tidak kaku dan warnanya
mengkilat
j Menyerap keringat
j Pakaian / bahan akan rosak apabila
direndam dengan detergent lebih dari 1 jam.
j Boleh dicuci atau di dry clean
j Noda dari makanan atau minyak akan
mudah hilang dengan menggunakan detergent
11. LINEN
Bahannya
yang kaku dan dingin, maka linen sangat sesuai untuk produk – produk casual
wear dan dresses
Antara
ciri-ciri lainnya :
j Bahannya kaku dan dingin.
j Permukaan kain agak kasar.
j Menyerap keringat.
j 4x lebih lasak dari cotton.
j Tahan dijemur (Tahan terhadap panas
sampai 450 0 F).
j Kain akan rosak apabila direndam lebih
dari 1 jam
12. SONGKET
Songket
menggunakan teknik tenunan, di mana benang emas ditenun antara benang sutera
pada kain latar. Fibrik yang mewah dan mahal ini menggambarkan struktur sosial
dikalangan bangsawan Melayu.
13. KAIN RENDA/SATIN yang mempunyai
bidang besar juga menjadi pilihan utama kerana mudah dijahit, senang dijaga dan
tahan lama.
14. SCOTCHGUARD yang
diselaputi bahan kalis air kerana tahan lasak.
JENIS-JENIS
KAIN UNTUK UNIFORM/F1 TSHIRT
Kebanyakkan
kita yg ada group2 rapat ni atau pun team dijabatan tempat kita bekerja suka
nak adakan satu pakaian seragam utk menunjukkan betapa rapatnya group / team
tersebut. Malah ada juga yang suka nak berpakaian seragam ini utk kelihatan gah
gitu.. :)
Tapi
ramai tidak tahu jenis apa yg sesuai untuk memilih jenis-jenis kain apa yg
sesuai, jadi ape lagi..jom kita sama-sama belajar..
Jenis-Jenis
Kainnya adalah:-
1. Viscose
2. Cotton Trill
3. Comb Cotton
4. Polyester
5. Cvc Lacoste
6. Poly Soft
7. T/C Oxford
8. T/C Yarn Dyed
9. Linen
No comments:
Post a Comment