CARA
PENJAGAAN KAIN BAJU
CARA
PENJAGAAN KAIN BAJU
1. Gula-gula
Getah Melekat Pada Pakaian
Letakkan
pakaian dalam peti sejuk beberapa jam. Kemudian keluarkannya. Basuh seperti
biasa dan anda akan dapati gula-gula getah mudah ditanggalkan dari pakaian
2.
Pakaian Terkena Dakwat
a. Bancuh
sedikit susu dengan sedikit air. Biarkan ianya pekat. Celup dan rendamkan
pakaian yang terkena dakwat tadi ke dalam bancuhan susu tersebut selama 20
hingga 25 minit. Kemudian basuh dan bilas pakaian itu seperti biasa.
b. Titiskan
air limau yang bercampur dengan garam pada tanda dakwat dan gosok-gosoklah dengan
tangan. Biarkan ia seketika sebelum membasuhnya seperti biasa.
c. Picitkan
penyembur rambut pada pakaian tersebut. Biarkan ia kering sebentar. Kemudian
sapukan pula air yang bercampur cuka. Berus dan basuhlah seperti biasa.
3.
Pakaian Terkena Karat
Potong
dua biji limau. Gosokkan pada bahagian yang terkena karat. Kemudian rendamkan
dengan air garam. Setelah itu, basuh pakaian itu seperti biasa.
4.
Hilangkan Getah Pisang Pada Pakaian
Sapukan
sedikit kapur makan dan biarkan selama beberapa minit. Kemudian barulah dicuci
seperti biasa.
5.
Pakaian Terkena Cat
Rendamkan
pakaian itu bersama minyak tanah. Biarkan ia selama beberapa jam. Kemudian
basuh dengan air sabun, berus dan bilas seperti biasa.
6.
Membersihkan Tekat Benang Emas
Sulaman
daripada benang emas amat sukar dibersihkan. Untuk mengatasinya, taburkan
sedikit serbuk soda bikarbonat. Kemudian gosoklah perlahan-lahan.
7.
Memutihkan Kain
Kain
putih yang lama disimpan akan menampakkan warna yang kusam dan tidak berseri.
Cara untuk mengembalikan serinya ialah dengan cara :-
a. Bakar pelepah kelapa sehingga menjadi
abu.
b. Campurkan dengan air.
c. Masukkan sabun dan rendamkan kain
tersebut semalaman.
d. Kemudian cuci kain tersebut seperti
biasa.
8.
Menanggalkan Kesan Minyak Hitam pada Pakaian
Titiskan
beberapa titik minyak tanah dan sapukan pada bahagian yang hitam. Gosok
perlahan-lahan supaya ianya tidak merosakkan pakaian tersebut. Biarkan ia
sebentar. Kemudian perahkan air limau nipis atau limau kasturi. Setelah itu,
basuh dengan air sabun dan bilas seperti biasa.
Basahkan kain dan sapukan sabun mandi di tempat yang ada kesan hitam. Kemudian
cucilah seperti biasa dan ulang beberapa kali sehingga kesan hitam itu hilang.
9.
Mengeringkan Kasut Sekolah
Gumpal beberapa helai kertas surat khabar dan sumbatkan ke dalam kasut sekolah
sehingga padat. Kemudian letakkan ia di bawah peti sejuk.
10. Menghilangkan Darah Pada Pakaian
a. Gosokkan sabun mandi pada pakaian,
bairkan seketika. Selepas itu basuh pakaian itu seperti biasa. Insya-Allah
darah itu akan hilang nanti.
b. Campurkan garam kasar dengan air.
Rendamkan pakaian yang terkena darah ke dalam air tersebut. Biarkan semalaman.
Kemudian cucilah seperti biasa.
11.
Menghilangkan Karat Besi Pada Pakaian
a. Basuh
kain dengan garam yang dicampur dengan air limau nipis. Cuci di tempat yang
terkena karat. Kemudian basuh seperti biasa.
b. Sapukan
sabun mandi sehingga menutupi kawasan yang berkarat.
Kemudian
perahkan limau nipis atau limau kasturi ke atas kesan karat itu. Biarkan ia
seketika dan basuh dengan air sabun seperti biasa.
12. Menghilangkan Minyak Pada Kain
Basuh kain tersebut dengan air sabun, perah dan jemurkan sehingga kering.
Kemudian bilas sekali lagi dan jemur semula. Ulang sehingga anda nampak
perubahannya.
No comments:
Post a Comment